Asal nama Ichitaro (pemproses perkataan)

Nama " Taro (太郎) " diberikan oleh Kazunori Ukigawa (浮川 和宣) , salah seorang pengasas syarikat JustSystems. Semasa dia bekerja sambilan sebagai tutor, salah satu nama pelajarnya ialah Taro. Taro telah meninggal dunia kerana sakit ketika Kazunori bekerja di syarikat itu. Nama Taro juga merupakan nama yang biasa di Jepun dan selalu digunakan untuk nama anak lelaki sulung. [2] Walaubagaimanapun, Sanyo Electric sudah mempunyai hak tanda dagangan bagi nama itu, [3] maka JustSystems hanya menambah perkataan " Ichi (一) " di bahagian awal nama kerana mereka berharap perisian itu akan menjadi perisian yang terbaik. [4]

Berkaitan